Hari Raya selalunya penuh dengan bunyi gelak tawa, bau masakan dari dapur, dan rumah yang meriah dengan ahli keluarga. Tapi bagi sesetengah orang, Raya kali ini terasa berbeza. Sunyi. Kosong. Itulah realiti kesedihan raya bila insan tersayang sudah tiada.
Mungkin dulu kita biasa salam tangan mereka pagi raya, duduk makan sekali, atau dengar suara mereka dalam rumah. Bila semua itu hilang, kesedihan raya boleh datang tanpa kita jangka , kadang-kadang hanya kerana bau rendang atau lagu raya yang dimainkan.
Kenapa Perasaan Sedih Semasa Raya Terasa Lebih Kuat?
Sebenarnya, perasaan sedih ini menjadi lebih kuat sebab Raya adalah masa yang penuh dengan kenangan. Setiap perkara kecil boleh ‘trigger’ emosi seperti baju raya, juadah, bahkan susunan kerusi di ruang tamu.
Perasaan rindu, sebak, dan kosong itu bukan tanda lemah. Itu tanda kita pernah sayang seseorang dengan sangat dalam. Dan kehilangan itu memang memberi kesan.
Cara Mengurus Kesedihan Raya
Tak ada cara “betul” untuk lalui perasaan sedih ini, tapi ada beberapa perkara yang boleh bantu anda urus emosi dengan lebih stabil:
1. Jangan paksa diri untuk nampak gembira
Kalau rasa sedih, itu okay. Anda tak perlu berpura-pura kuat.
2. Bercakap dengan orang yang faham
Kadang-kadang luah pada adik-beradik atau kawan rapat pun dah cukup untuk ringankan hati.
3. Buat sesuatu untuk mengenang mereka
Contohnya sedekah atas nama mereka, atau baca doa khas. Ini boleh bantu proses rindu dengan cara yang lebih tenang.
4. Jaga diri sendiri
Walaupun mood tak menentu, cuba jaga makan, tidur dan rehat. Emosi kita sangat berkait dengan keadaan fizikal.
Jangan Hadap Seorang Diri
Dalam fasa kesedihan raya, ramai orang rasa mereka perlu kuat seorang diri. Tapi hakikatnya, sokongan sangat penting.
Kalau rasa terlalu berat, dapatkan bantuan. Anda boleh hubungi:
Atau berbincang dengan ahli terapi untuk bantu anda faham apa yang sedang anda lalui. Kadang-kadang, hanya dengan bercakap, kita dah mula rasa lega.
Selain itu, anda juga boleh baca artikel lain di laman ini berkaitan pengurusan emosi dan tekanan untuk bantu diri melalui waktu yang mencabar ini.
Penutup
Sedih semasa Raya bukan sesuatu yang perlu disembunyikan. Ia adalah sebahagian daripada proses kita belajar hidup dengan kehilangan.
Ambil masa anda. Tak perlu cepat-cepat “okay”.
Sedikit demi sedikit, perasaan itu akan jadi lebih ringan.
Dan yang paling penting anda tidak keseorangan dalam melalui perasaan ini.